Monday, March 30, 2009

dilema??

erm dalam menempuh hidup2 di U ni...
memacam perkara yg berlaku dalam hidup kita sehari2 kan?

begitu juga dengan aku..
pelajaran,kewangan,kekawan..2 sumer sumber masalah yg ada..

tapi skrg ni ada 2 masalah yg wat aku dilanda dilema..
yang pertama,adakah perlu untuk aku terus menjadi prs?
terkejut?tapi aku ada sebab sendiri mengapa hal ini timbul..
jgn la fikir aku xleh trime tanggungjawab or ada hamba Allah penah ckp,"ala baru jadi sekatariat,
bukan bnyk keje pon,bukan berat macm keje MT",lbh kurang mcm ni la dia ckp...
4 ur info,n kekawan rapat aku tau kot..aku ni leh je wat keje2 ni,n jgn ckp kat UMT ni,dari skola aku mmg aktif bro...leh tgk sijil la,,but sume 2 history la kan..
pe aku nak cakap kat cni iyela aku rase bosan,xtau la..
ada gak jawatan lain,pon sama gak,rase nak lepaskan jer..coz da rasa letih n bosan..really need time 2 rest..
maybe ada yang akan bertanya,banyak sangat ke keje dia ni?
aku leh cakap,xde la banyak pon,tapi aku x se heppy masa jadi prd masa matrik dulu,maksud aku ialah cam x hapening jer prs..maaf tapi inila pendapat jujur aku..
so aku nak minta maaf andai ada yang terasa..tapi inilah apa yang aku rasa skrg ni..
conclusion,aku hope some feedback 2 solve my problem..coz i still love prs umt ni..
satu kata2 yang aku pegang "WE SHARE BECAUSE WE CARE"

Thursday, March 26, 2009

MOTIVASI?


Assalammualaikum dan selamat pagi buat penghuni di ruangan ini. Buat pertama kali nya setelah penubuhan blog ini. Saya masih tercari-cari topik yang sesuai untuk dibawa ke tengah, bagi dibicarakan secara meluas dan sekaligus dapat meransang pemikiran kita sendiri ke arah yang lebih baik.Maka setelah berfikir untuk seketika, saya telah memilih untuk membicarakan mengenai motivasi.


Agaknya kenapa saya memilih tajuk ini sebagai topik perbualan kita. Jika kita lihat,sejak dari kecil lagi kitatelah didedahkan dengan pelbagai program-program yang bersifat motivasi. Tetapi sedar atau tidak. Jauh di dalam diri kita sendiri, kita telah mempunyai suatu yang dapat memotivasikan diri kita sendiri secara semula jadi. Apa yang membezakan bagi setiap insan adalah bagaimana cara mereka menguruskan dan memandang sifat motivasi yang ada dalam diri mereka. Seandainya mereka memandang nilai motivasi itu secara negatif, ,maka berikanlah sebanyak mana pun program motivasi kepada mereka. Mereka tetap tidak akan berubah. Bukan cuba menafikan perlunya program motivasi sebagai pencetus dan pendorong kepada perubahan diri. Namun, apa yang lebih penting ialah apa yang ada dalam diri seseorang itu sendiri. Tetapi jika nilai tersebut dipandang secara positif, mereka mungkin tidak memerlukan begitu banyak dorongan motivasi kerana dalam diri mereka sendiri telah terdapat nilai untuk memperbaiki diri sendiri.


Manusia itu perlulah sentiasa cuba untuk berfikiran positif seandainya mengalami masalah dalam kehidupannya. Tetapi jangan pula kita hanya melihat masalah itu dari sudut yang positif tanpa mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Apabila kita mengalami suatu permasalahan atau kegagalan, bukan beerti kita telah menghampiri suatu titik noktah dalam kehidupan ini. Sebenarnya itu ialah suatu permulaan yang baru dan pastinya akan menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang.


Saya tidak perlu mengambil contoh yang terlalu jauh. Cukuplah saya menjadikan diri saya sebagai contoh. Hidup saya bukanlah suatu kehidupan yang sentiasa tenang sejak dari kecil lagi. Saya telah mengalami perbagai perkara turun dan naik dalam kehidupan. Tetapi saya tetap bangun untuk menjadi orang yang lebih baik Yang penting kita harus berani untuk memperbaiki diri dan mengetahui di mana kelemahan diri kita.


Selain berfikiran positif, kadang-kala kita juga memerlukan suatu "booster" untuk mendorong kita kearah yang lebih berjaya. Ada sesetengah orang suka membayangkan wajah ibu bapanya bagi mendapatkan semangat untuk maju ke hadapan. Bagi diri saya pula, saya lebih suka menjadikan ibu bapa saya dan insan yang tersayang sebagai pencetus untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Saya tidak mahu apabila tiba masa saya bertemu kembali dengan insan tersayang, dia melihat saya dalam keadaan gagal. Setidak-tidaknya kami sama-sama berusaha dalam hidup.