Thursday, March 26, 2009

MOTIVASI?


Assalammualaikum dan selamat pagi buat penghuni di ruangan ini. Buat pertama kali nya setelah penubuhan blog ini. Saya masih tercari-cari topik yang sesuai untuk dibawa ke tengah, bagi dibicarakan secara meluas dan sekaligus dapat meransang pemikiran kita sendiri ke arah yang lebih baik.Maka setelah berfikir untuk seketika, saya telah memilih untuk membicarakan mengenai motivasi.


Agaknya kenapa saya memilih tajuk ini sebagai topik perbualan kita. Jika kita lihat,sejak dari kecil lagi kitatelah didedahkan dengan pelbagai program-program yang bersifat motivasi. Tetapi sedar atau tidak. Jauh di dalam diri kita sendiri, kita telah mempunyai suatu yang dapat memotivasikan diri kita sendiri secara semula jadi. Apa yang membezakan bagi setiap insan adalah bagaimana cara mereka menguruskan dan memandang sifat motivasi yang ada dalam diri mereka. Seandainya mereka memandang nilai motivasi itu secara negatif, ,maka berikanlah sebanyak mana pun program motivasi kepada mereka. Mereka tetap tidak akan berubah. Bukan cuba menafikan perlunya program motivasi sebagai pencetus dan pendorong kepada perubahan diri. Namun, apa yang lebih penting ialah apa yang ada dalam diri seseorang itu sendiri. Tetapi jika nilai tersebut dipandang secara positif, mereka mungkin tidak memerlukan begitu banyak dorongan motivasi kerana dalam diri mereka sendiri telah terdapat nilai untuk memperbaiki diri sendiri.


Manusia itu perlulah sentiasa cuba untuk berfikiran positif seandainya mengalami masalah dalam kehidupannya. Tetapi jangan pula kita hanya melihat masalah itu dari sudut yang positif tanpa mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Apabila kita mengalami suatu permasalahan atau kegagalan, bukan beerti kita telah menghampiri suatu titik noktah dalam kehidupan ini. Sebenarnya itu ialah suatu permulaan yang baru dan pastinya akan menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang.


Saya tidak perlu mengambil contoh yang terlalu jauh. Cukuplah saya menjadikan diri saya sebagai contoh. Hidup saya bukanlah suatu kehidupan yang sentiasa tenang sejak dari kecil lagi. Saya telah mengalami perbagai perkara turun dan naik dalam kehidupan. Tetapi saya tetap bangun untuk menjadi orang yang lebih baik Yang penting kita harus berani untuk memperbaiki diri dan mengetahui di mana kelemahan diri kita.


Selain berfikiran positif, kadang-kala kita juga memerlukan suatu "booster" untuk mendorong kita kearah yang lebih berjaya. Ada sesetengah orang suka membayangkan wajah ibu bapanya bagi mendapatkan semangat untuk maju ke hadapan. Bagi diri saya pula, saya lebih suka menjadikan ibu bapa saya dan insan yang tersayang sebagai pencetus untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Saya tidak mahu apabila tiba masa saya bertemu kembali dengan insan tersayang, dia melihat saya dalam keadaan gagal. Setidak-tidaknya kami sama-sama berusaha dalam hidup.

No comments:

Post a Comment