Thursday, July 23, 2009

Mengapa Perlu Jadi Menarik

Setiap orang akan memberikan pelbagai jawapan andai di tanya kenapa mereka mahu menjadi menarik. Selalunya kita akan dengar 1001 jawapan dari pelbagai pihak. Seutuh slogan sebuah syarikat kosmetik ”Kecantikan hak milik setiap insan”. Ada pelbagai dasar yang menyebabkan seseorang itu ingin menjadi menarik.


  • Saya mahu jadi menarik kerana saya tidak menarik.
  • Saya mahu jadi menarik untuk menawan hati insan pujaan.
  • Saya mahu jadi menarik supaya mendapat banyak wang
  • Saya mahu jadi menarik untuk mendapat sokongan dalam majlis perwakilan pelajar.
    (ada banyak lagi alasan manusia untuk menjadi menarik)


Kita sering mengatakan bahawa diri kita tidak menarik. Tapi sebenarnya kita sendiri tidak sedar bahawa diri kita mempunyai tarikan yang tersendiri. Daripada kita menumpukan kepada kekurangan diri ada baiknya kita melihat kepada kelebihan diri sendiri. Barangkali orang lain mempunyai wajah yang cantik, tetapi matanya mungkin tak secantik mata kita. Apabila kita menumpukan kelebihan diri kita sendiri pastinya kita akan lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain. Keyakinan dalam diri itu sendiri akan memancarkan tarikan yang tersendiri. Apa yang penting kita sanggup dan bersedia untuk memperbaiki diri sendiri.

2 comments:

  1. erm apa yg ada pada diri aku ek...hehe...aku pon x tau...da x baper confident ngan diri la

    ReplyDelete
  2. cube la ko tgk diri ko dlm cermin...mesti ada sumthing yg special about urself.....

    ReplyDelete