Friday, July 10, 2009

Modal Cinta......

Entah kenapa la tetiba jer aku nak masuk kan tajuk nie sebagai topik untuk kali nie. Rasanya dah lama tak up date diz blog kan. Tapi apa pun rasanya blog nie tak sepatutnya begitu rigid untuk hanya bercakap tentang motivasi jer. Kadang-kala mungkin juga kita boleh berkongsi cerita tentang fesyen, isu semasa, kesihatan, cinta dan macam-macam lagi lah. Macam mana pendapat korang sume.

Oklah berbalik kepada tajuk asal. Dalam dunia ni tak ada satu benda pun yang percuma. Nak buang air pun kena bayar gak. Mana ada benda yang free beb!!! Kalau orang ucapkan cinta dengan bermodalkan air liur dan berjanji untuk sehidup semati seseorang itu tetap gak perlukan modal. Nak tau modal apa?????

BIL TELEFON
Tiap-tiap hari nak kena berhubung, yang terlebih mampu mungkin la setiap jam, minit dan mungkin juga saat. Kalau tak call atau msg ada pulak yang dikatakan curang nanti. Kalau sebelum bercinta cuma RM30 jer. Bila dah bercinta.....aduh mau pening kepala pikir nak cari duit mana lak. Mungkin la boleh nak jimat dengan anta surat jer.....tapi sanggup ker dikatakan kuno pulak kan.

MAKAN MINUM
Dulu makan sorang-sorang jer. Nak makan nasi kosong dengan ikan masin pun boleh. Tapi lepas berdua tak kan nak buat cam gitu lagi kan. Nanti dapat pulak la title haji bakhil lak. Sekali-sekala tak per la, kalu selalu......kering poket seluar abg, cik adik oiii...

MASA
Dulu banyak masa lepak sorang-sorang. Kalau nak lepak ngan kawan pun tak der sapa yang bising. Tapi sekarang kena sediakan masa untuk yang tersayang. Macam-macam la yang dia nak buat....jalan-jalanlah, shopping la, tengok wayanglah....ermmmm...Penat memanglah penat tapi nak tak nak kenalah bersedia untuk berkorban kan...Kadang-kadang boleh la nak larikan diri, tapi jangan buat selalu. Nanti ada yang tak larat nak memujuk.

PAKAIAN
Kalau dulu nak pakai baju yang sama untukl beberapa hari pun takpe. Tapi sekarang semuanya kena kemas dan boleh ikut suka nak ala kadar jer. Silap hari bulan ada pulak orang yang tak nak jalan sekali.Tapi hati-hati kadang-kala ada juga si dia yang nak kamu bergaya mengikut cita rasanya yang tinggi.Lagi pening bile dia minta kamu belikan pakaian untuk dia.

HADIAH
Setiap kali hari jadi atau ulang tahun yang istimewa pasti kamu kena sediakan hadiah untuk si dia. Kalau hadiah yang murah tentu si dia kecewa, nak berikan hadiah yang mahal kamu tak mampu. Bukan setakat hadiah saja, tapi juga kena belanja makan di tempat yang mewah...Memang banyak la juga belanja yang perlu dikeluarkan. Mungkin agak parah.

P/s: Walau apa pun ini lah hakikat kehidupan sebenar....=p

2 comments:

  1. erm aku rasa macam x betul aje...coz aku dulu x mcm tu pon..wakaka

    ReplyDelete
  2. tue ko jie.....owg len ko x tgk lg....serius mmbr aku duit ptptn die byk abis kt situ jer tau x.......

    ReplyDelete