Monday, July 27, 2009

gErai oh Gerai.....

Heheheheehe.....
Bile cakap jer pasal gerai mesti kepala nie automatik terus teringat kat duit. Sah-sah bunyinyer cam orang yang obses ngan duit.Hahaha...Sebab tu la orang selalu cakap diriku ini materialistik...
Oklah kembali kepada tajuk asal...sebenarnya nak cerita gerai yang PRS dah buka time Pesta Konvokesyen kali ke-7 UMT pada 13/7/09 - 16/7/09. Memang tempoh yang lama.

Gerai dibuka dan berfungsi seperti biasa bermula dari pagi sehingga lewat malam. Segalanya perlu dilakukan mengikut pertukaran waktu bertugas. Waktu-waktu beginilah memerlukan komitmen setiap pihak untuk berkorban sedikit masa-masa waktu peribadi mereka. Selama 4 hari 3 malam secara keseluruhan boleh dikatakan bagus. Tetapi cuma pada malam hujan melanda jer yang memberikan masalah yang sedikit besar. Tapi tak per itu tak seharusnya menjadi halangan untuk melansungkan apa yang telah direncanakan


Setelah penat En. Shahrul kite berfikir apa yang hendak dipasarkan di International Market ketika Pesta Konvokesyen. Akhirnya beliau dan semua yang terlibat telah memutuskan untuk menjual Nasi Lemak berlauk, Keropok Lekor dan juga Air buah..... Segala berjalan dengan baik seperti apa yang dirancang. Biasalah kalau berlaku sedikit permasalahan dan kekalutan. Perkara itu perlu terjadi untuk diperbaiki pada masa hadapan. Untuk menyediakan air buah hanya memerlukan buah-buahan yang segar dan diproses sendiri. Maklumlah, rasa-rasanya semua orang pasti pakar dalam hal ni kan sebab selalu jer minum air buah kat kedai makan. Keropok lekor pula, semestinya dibeli mentah dari pembekal dan digoreng sendiri. Time nie lah nak tunjuk bakat chef....(hahaha...tapi saya terkecuali sebab tak berapa nak profesional bab masak memasak nie). Ha....yang nie sume mesti nak tau...manalah datangnyer nasi lemak berlauk tu kan....mestilah ada chef yang memasaknya....cubelah korang teka sendiri sapa orang tu....siapa?...Syafiq?..Kak Nurul...? Hasnul?...hahaha. Saya dah pasti terkecuali. Kan dah bagi tau awal-awal tadi....



Chef kita ialah En. Shahrul la...penat tau dia bangun awal pagi nak settlekan semuanya. Memang bestkan Shahrul masak....Wahhh!!! Shahrul....I buat promotion untuk you nie. Lepas ni sapa nak buat jamuan bolehlah order catering ngan Shahrul....Bussiness nie.. Siapa nak belajar masak pun boleh cari Shahrul....apa-apa jer la yang korang sume nak buatkan....GUD LUCK Shahrul.


Diharapkan selepas post-mortem pada minggu lepas, setiap individu yang terlibat dapat memberikan komitmen terhadap sebarang bentuk aktiviti yang diadakan dan menjalankan tanggungjawad dengan baik.Terima kasih diucapkan kepada kalian yang banyak memberikan bantuan dan komitmen yang tidak berbelah bagi.

(MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA)

p/s: buat boz....minta maaf lah picture saya upload malam nanti ada yang tak cukup lagi n luper bawa cable camera la.

4 comments:

  1. erm mane gambar2 ni..hehehe
    bercakap pasal gerai,agak sedih kerana kurangnye komitmen ahli2 yg lain...
    maybe terdapat kekangan2 yg lain..
    but 2 sume da lepas...
    kepada yg telah memjalankan tugas dengan baik...
    seribu penghargaan buat anda dari admin...
    keep up da gud job

    ReplyDelete
  2. salam.. saya drpd kelab kaunseling dan kerjaya(KKDK) dr Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM). kami ingin mmbuat lawatan ke UMT untuk bertemu brsama ahli PRS UMT. boleh sy dptkn no contact sesapew dr PRS anda?? A.S.A.P.. by the way, nama sy muaz. dr exco binbingan dan kaunseling. 017-3987414. kerjasama dr pihak anda amat dhargai

    ReplyDelete
  3. Salam PERKENALAN dr PAB

    Maaf BERTANYA...

    Boleh PAB tahu manifestasi penubuhan PRS UMT nie..

    PAB nak tahu program yang dianjurkan PRS UMT.. sebab dari post-post blog nie mcm KELAB USAHAWAN DAN MENCARI JODOH pula.. (Sorry...Kalau PAB tersilap)

    Maaf BERBISIK..
    PAB hadir untuk menjadi 'CHECK & BALANCE' PERKEMBANGAN MPP & KELAB DIBAWAH HEPA.

    KERANA... PAB rasakan sudah TIBA MASANYA... Siswa UMT menjadi MAHASISWA YANG BENAR-BENAR INTELEKTUAL, BERKASRISMA DAN DISEGANI..

    Sekian
    Wassalam..
    Sayonara

    ReplyDelete
  4. Hello Admin!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete